Sunday, 30 March 2014

My Love From The Star : Comedy Romantic

Baru sahaja  tamat cerita drama  " My Love From The Star " di Astro ONE HD pada 27 Mac 2014.

Permulaan yang menarik dan pengakhiran yang menyeronokkan, makna tidaklah terlalu mengecewakan....berpuashati juga, mujur tiada tangisan kerana kebiasaan jalan cerita memang jika tak sedih mesti gembira atau pun jalan cerita tergantung.

Mari kita tengok sedutan cerita yang best ni!!!





Macammana? ada rasa nak tengok kesudahan drama funny & romantik ni??? saya hanya menonton di Astro One HD, youtube dan Application di andriod handphone saya ASIA DRAMA.

Mujur saya sempat beli PVR Astro 2011 dulu....apa-apa yang tak sempat di lihat, saya rakam awal-awal.  Berbaloi-baloi PVR ni dapat merakam rancangan drama dan movie kegemaran...hehe







Tidak ketinggalan, terdapat dendangan lagu yang mendayu dan best sangat sepanjang drama bersiri
 ini.

Kesemua lagu di dalam file youtube ini :-



Jika nak mendengar dan mengikuti bait-bait lagu ini :-







49 Days : Drama Korea Lagi Yang Paling Best

Drama Korea HOT HOT!!!

Siapa pernah tengok drama bersiri ini baru-baru ni, adushhh....... best best bagi peminat drama Korea lah..... hahahahaha.

Cerita unik dan ada kelainan, jangan ambil serius ya..ini cerita sekadar hiburan dan hanyalan, bukan sebenar-benar gambaran realiti...hehehe

Terlalu best cerita ini, bila menontonnya baru dapat menyelami keunikan cerita ini...

Di sini saya sertakan antara drama Korea yang baru-baru ini selesai episode di Astro ONE HD



49 Days

Shin Ji Hyun (Nam Gyu Ri) telah menikmati kebahagiaan mutlak kerana dia adalah kira-kira untuk berkahwin tunangnya, Kang Min Ho (Bae Soo Bin), tetapi hidup sempurna itu berkecai apabila dia mendapat ke dalam kemalangan kereta yang meninggalkan dia dalam keadaan koma. Dia diberi peluang untuk meneruskan kehidupan oleh malaikat maut, tetapi ia datang dengan keadaan yang lain: dia mempunyai untuk mencari tiga orang di luar keluarganya yang akan menangis air mata tulen untuknya. Dalam usaha untuk melakukan ini, dia meminjam badan Soo Yi Kyung (Lee Yo Won), seorang pekerja sambilan di sebuah kedai selama 49 hari.
Bagaimanapun baru Ji Hyun sedari cinta sebenar dan siapa yang cintainya dalam diam...di restoran milik Han Kang ( Jo Hyun Jae) , Ji Hyun / Yi Kyung berkerja sementara bagi meneruskan matlamat untuk hidup. Ketika itu juga dia kenal siapa kawan, tunang dan memusuhinya sejak dahulu.


Pelakon :-

 



           Nam Gyu Ri as Shin Ji Hyun   & Lee Yo Won as Song Yi Kyung / Shin Ji Min










 Lagu-lagu yang best sepanjang drama ini adalah:-













49 Days - Falling Tears (OST)

http://www.youtube.com/watch?v=8oZpIWb25kI



49 days ~ Even If I Live Just One Day

 http://www.youtube.com/watch?v=sS3DV6psenI


49 Days ~ Can't It Be Me

http://www.youtube.com/watch?v=pS5ERKVJDnw



49 Days ~ Can't Let Go (Of You) 

http://www.youtube.com/watch?v=GDE-eOc_Bv4


49 Days OST - I Can Feel You by NAVI

 http://www.youtube.com/watch?v=ZlmdxBv-64E

 

 49 Days * Last Farewell 

 http://www.youtube.com/watch?v=xnTDSY8TdSM

  

 

 

Bagaimana dengan lagu-lagu mendayu-dayu tak...huhuhu jiwa tu aku!!!

 

Pertama Kali Menulis BLOG

Sudah sekian lama tidak menulis atau mencatitkan apa-apa luahan hati,  jika dulu saya pandai mengarang atau berpuitis... sekarang hehehe, terasa kekok sangat.  Perlunya menulis meluahkan apa-apa yang terbuku sekurang-kurang hati kita rasa lapang...betul tak?

Tak ada idea laa ketika ini, kenapa ya macam kosong jer...baru bangun tidur tadi 1.50pm...alhamdulillah rasa segar menyelubungi diri.hehehe....al maklumlah buka selalu dapat tidur waktu tengahari..2 jam dapat tidur..wah, bestnya!!!

Tengah fikir ni, nak tulis tentang apa ya??? Tentang bisnes? Produk? Perubatan? Keluarga?  Hahaha...agaknya idea belum mai lagi....

Tengah tunggu elektrikal datang rumah betulkan lampu-lampu yang sudah 3-4 bulan tidak menyala.  Hendak buat kertas kerja seolah-olah tak mampu, mood cuti Ahad begitu kuat.  Rasa malas pun ada,  adoiii dugaan oh dugaan.  Bukan mudah nak perolehi sesuatu jika tak buat sesuatu.

Di sebabkan saya amat-amat buntu untuk menulis, rasa adalah baik saya selitkan gambar-gambar dan kegemaran diri..hehe..jangan jemu ya..


Inilah artis korea pertama yang mendapat perhatian di hati saya..hahaha....minat sangat pada Lee Min Ho artis Korea Selatan ni.  Pada mula saya ke Korea pada Dec 2010, negara indah, cantik dan segar.  Suhu waktu itu sehingga - 6 C....manalah tahan, tetapi ia adalah pengalaman yang tidak dilupakan...seperti dalam movie dan drama Korea..ternyata negara tersebut seperti yang kita lihat...

Di sana first time tertengok drama "Boys Over Flower" atau " Boys before Flower"... dengan jalan cerita yang komedi romantik amat-amat menarik minat untuk menontonnya sehingga sanggup mencari episode seterusnya apabila sampai Malaysia...hahaha  penangan drama Korea...

Lee Min Ho lakonan artisnya tak jemu di tonton, antara drama yang terus berkesan di hati lakonan beliau adalah  drama  bersiri " The Great Doctor "  seterusnya " The Inheritors ".  Sangat-sangat menarik perhatian saya kerana saya amat menyukai cerita yang menyelitkan adegan kelakar.  Kelakar! Dan Kelakar!  Setiap lakonannya buat saya dapat meluahkan rasa tekanan kerja yang melampau bila tetiba kita boleh tersenyum dan ketawa apabila menontonnya.

 Drama bersiri " The Inheritors "





 Drama bersiri " The Great Doctor "



Drama bersiri " Boys Before Flowers "


Macammana anda pun meminati drama ini tak?...
Sejak drama bersiri pertama " Boys Before Flowers " yang saya tengok, sejak tu sambung menyambung drama korea lain saya menontonnya...akan tetapi saya hanya memilih sesetengah drama sahaja yang romantik, kelakar dan unik..hehe..drama yang berunsur serius tak berapa menontonnya...hahaha

Macammana ok tak huraian & catatan ini buat pertama kalinya.hehe.. " saya budak baru belajar jika salah tolong tunjukkan "

Tentang kenapa nama blog saya " Qurusmurus ".. saya akan huraikan serba sedikit di catatan seterusnya...

Selamat Petang & Salam Sejahtera...

 Assalammualaikum

- Nur Aida -