SALAH
satu kesilapan solekan yang sering dilakukan oleh golongan Hawa ialah
mengenal pasti tatarias yang bersesuaian dengan tona kulit dan rona yang
bersesuaian dengan keadaan atau majlis.
1) Solekan funki
Solekan ini amat mementingkan bahagian mata kerana ia bahagian yang mudah untuk mencuri tumpuan orang ramai.
Solekan ini amat mementingkan bahagian mata kerana ia bahagian yang mudah untuk mencuri tumpuan orang ramai.
Solekan dimulakan dengan meratakan bedak asas foundation pada seluruh wajah menggunakan span.
Bersesuaian
dengan tema, pembayang mata yang digunakan melibatkan rona kecoklatan
atau lebih gelap di bahagian atas kelopak mata. Bahagian bawah kelopak
mata pula diwarnai rona hijau yang lebih cerah.
Dua
garis celak di atas garisan bulu mata dioles menggunakan celak cecair
berwarna hitam untuk menghasilkan kesan dramatik.
2) Solekan semula jadi
Antara kesilapan utama dalam mengenakan solekan dalam rona semula jadi ialah pemilihan bedak asas dan pemerah pipi yang memberikan wajah kelihatan seperti badut.
Antara kesilapan utama dalam mengenakan solekan dalam rona semula jadi ialah pemilihan bedak asas dan pemerah pipi yang memberikan wajah kelihatan seperti badut.
Sehubungan
itu, tumpuan harus diberikan dalam ‘mewarnai’ wajah agar kelihatan
sihat berseri dan tidak nampak seperti dibuat-buat.
Bahagian
wajah yang menjadi tumpuan ialah pipi. Jadi, pilihan yang baik ialah dengan rona merah jambu.
Gantikan
penggunaan bedak asas dengan krim tabir suria kerana
ia mempunyai tekstur ringan selain berwarna kulit.
Pastikan
gincu yang digunakan berpadanan dengan warna pemerah pipi. Disebabkan
itu, oleskan gincu jenis matte
dengan warna nude sebagai pelengkap solekan.
3) Solekan majlis makan malam
Solekan untuk menghadiri majlis makan malam lazimnya lebih tebal dengan gabungan warna-warna terang dan menarik perhatian seperti merah hati.
Solekan untuk menghadiri majlis makan malam lazimnya lebih tebal dengan gabungan warna-warna terang dan menarik perhatian seperti merah hati.
Langkah
yang paling mudah ialah memberi tumpuan pada bahagian mata. Barisan
koleksi pembayang mata yang paling tepat ialah pembayang
mata berwarna seperti ungu gelap, ungu
lembut dan hitam untuk memberikan efek smoky eyes yang kelihatan seksi.
Selain
itu, pemakaian bedak asas seperti foundation
merupakan alat solekan yang penting dalam tatarias majlis makan malam
kerana ia memberikan ketahanan sepanjang malam.
Berikan
sedikit seri pada bahagian pipi dengan menyapukan pemerah pipi berwarna coklat kekuningan bagi menambah kilauan di pipi.
No comments:
Post a Comment