Assalammualaikum saya ingin kongsikan info untuk manfaat bersama
Jom kita baca!!!
Bekerja sendiri di rumah memerlukan lebih dorongan dan perangsang agar apa yang dirancang dan dicita-citakan dapat berjalan dengan lancar. Jadi apa yang boleh mendorong para suri rumah kekal produktif di rumah? Berikut adalah 12 tip yang patut anda cuba.
1. Punyai jadual kerja yang boleh berubah ikut keadaan/kesesuaian masa.
Suri rumah boleh melakukan aktiviti yang produktif yang boleh menjana pendapatan sampingan melalui masa yang ada di rumah. Suri rumah hanya perlu membahagikan masa menyelesaikan urusan rumah, keluarga dan anak-anak, selepas itu barulah boleh memulakan aktiviti yang di ingini melalui masa-masa yang ada. Sekiranya tidak berpeluang menggunakan masa yang banyak untuk aktiviti tersebut, sekurang-kurang ia dapat dilakukan secara berperingkat mengikut masa yang ada. Bijak merancang masa dengan aktiviti yang di atur dapat menyelesaikan beberapa kerja berikut. Contoh jadual kerja boleh jadi semasa anak-anak tidur, atau bekerja awal pagi atau semasa anak-anak di sekolah. Ramai yang tewas kerana tidak pandai menyusun masa, kita yang mengawal keadaan dan bukannya keadaan yang mengawal kita.
2. Jadual kerja sepanjang tahun
Untuk memastikan kita berada dalam keadaan perancangan dan matlamat, pastikan ada jadual kerja sepanjang tahun. Ia di agihkan mengikut bulan, minggu, hari dan jam. Ini menjadikan kita kekal produktif sepanjang tahun.
3. Disiplin
Mempunyai jadual kerja sahaja tidak mencukup jika tiada disiplin mengikutinya. Jika tidak, suri rumah akan terawang-awangan dengan masa fleksibel. Anda perlu menetapkan beberapa jam perlu bekerja dalam sehari.
4. Penyelidikan
Harus melakukan penyelidikan sebanyak mungkin terhadap keputusan untuk memilih jenis kerja dan bisnes. Cuba dapatkan seberapa banyak informasi tentang pekerjaan yang sesuai dilakukan dari rumah. Penyelidikan boleh tentang bekerja dari rumah, bisnes, juga penelitian berdasarkan gabungan kemahiran, pendidikan, minat dan apa sahaja perkara yang berkaitan.
Adakah pekerjaan anda sandang kini memudahkan anda boleh membawa ke satu langkah memiliki SOHO?
5. Ada bilik dan ruang khusus untuk bekerja
Jadikan satu bilik atau ruang khas sebagai pejabat, bukan menumpang meja makan di dapur atau ruang tamu. Lengkapkan dengan peralatan yang lengkap. sekiranya bosan dengan bilik utama, anda boleh ubah kedudukan dan bekerja di ruang tamu, laman rumah atau di mana sahaja. Walaupun ada bilik utama di jadikan pejabat, tetapi anda bebas memilih tempat kerja ini adalah satu kelebihan bagi bekerja dari rumah.
6. Berpakaian kemas
Ada yang mengambil kesempatan dengan memakai pakaian tidur dan pada masa yang sama menyemak emel pelanggan. Tetapi berpakaian kemas membuatkan diri lebih berkeyakinan dan bersedia untuk bekerja pada hari itu. Mandi, sarapan, berpakaian dan mula bekerja.
7. Tutup pintu
Tutup pintu bilik atau ruang kerja agar tidak diganggu. Ia juga menjadikan zon bekerja tidak terdedah dengan suasana gangguan seperti kedengaran bunyi orang berbual, mendengar muzik atau siaran TV. Jadikan penghadang atau pintu untuk anda membezakan " zon bekerja " dan " zon suasana rumah ".
8. Pastikan meja sentiasa kemas.
Meja yang kemas dan teratur membantu fikiran lebih tenang dan bekerja lebih produktif. Walaupun di rumah, anda masih boleh mempraktikkan prinsip 5S iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL, ini menjadikan pejabat di rumah sentiasa teratur dan kemas.
9. Matikan telefon apabila bekerja
Kadang-kala gangguan telefon dan kemudahan internet menyebabkan masa banyak dihabiskan begitu sahaja. Bijak mengawal gangguan ini salah satu faktor utama suri rumah dapat memaksimumkan masa jam bekerja di rumah. Tidaklah satu hari berlalu tanpa hasil atau output yang memberansangkan.
10. Teruskan ketika melalui hari yang sukar.
Latih diri untuk menerukan menyelesaikan tugas, walaupun pada ketika itu merasakan kesukaran. Lakukan hal itu dengan disiplin dan satu rutin. Berkata "tidak" apabila merasakan hal agak sukar, maka mahu berehat dan berhenti dahulu. Selesaikannya dan anda akan dapati hari tersebut adalah hari yang produktif.
11. Dua senarai
Senarai pertama yang perlu diselesaikan untuk hari ini, dan yang kedua senarai yang ingin dilakukan dan boleh ditangguhkan. Fokus dahulu untuk selesaikan senarai pertama, selepas itu sudah boleh rancang untuk mengerakkan senarai kedua pula.
12. Mulai hari dengan penuh semangat.
Ia bermula dengan sarapan yang baik, fikiran yang tenang, bersemangat untuk bekerja. Nyahkan segera segala fikiran yang negatif!!! Dan mula fikirkan mahu berusaha sebaik mungkin untuk hari tersebut.
Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com

No comments:
Post a Comment