Saturday, 31 May 2014

Pentingnya POSITIF dalam diri kita

Sikap kita adalah keperibadian kita, fikiran memberi peranan yang sangat besar terhadap sikap seseorang kerana itu ia boleh membawa perubahan dan perbezaan didalam kehidupan kita. 
Sikap baik bermula dengan fikiran yang positif, bersikap positif pula penting dalam pembentukan diri kita.  kekuatan kita dalam bersikap positif ini merupakan unsur terpenting dalam mencipta jenis kehidupan kita.



Semua orang tahu tentang kepentingan sikap POSITIF dalam kehidupan dalam seharian, namun tak semua orang mampu melakukannya.  Persoalannya mahu atau tidak tahu!!!!  Kehidupan sekarang, keadaan sekarang manusia memerlukan kekuatan positif yang yang kuat  untuk mengasuh sikap lain seperti bersabar dan berusaha serta bertindak positif.  

Pandangan positif sesungguhnya dapat mengatasi masalah kehidupan seharian kita.  Anda tahu tak pandangan positif anda mampu mengatasi situasi tekanan dan dapat mengubah kehidupan? Anda tahu manfaat yang banyak dari sifat positif ini ?





 1. Mengatasi stres : 
Berfikir positif membantu Anda mengatasi situasi stres, mengabaikan fikiran negatif, mengganti fikiran pesimis menjadi optimis, mengurangi kecemasan dan mengurangi stres. Ketika Anda mengembangkan sikap positif Anda boleh mengawal hidup Anda dengan baik.

2. Menjadi lebih sihat : 
Fikiran kita secara langsung mempengaruhi tubuh dan bagaimana cara bekerjanya. Ketika Ada mengganti fikiran negatif dengan ketenangan, kepercayaan dan kedamaian, bukannya dengan kebencian, kecemasan, dan kerisauan, maka Anda akan merasakan kesejahteraan. Dan ini bermakna Anda tidak mengalami gangguan saat tidur, tidak merasakan ketegangan otot, kecemasan, dan kelelahan. Orang-orang yang berfikir negatif lebih mudah terkena tekanan.



3. Percayakan diri sendiri: 
Dengan berfikir positif, maka Anda harus lebih percaya diri dan tidak untuk menjadi seperti orang lain. Jika Anda tidak percaya diri Anda tidak akan pernah mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

4. Boleh membuat keputusan yang terbaik : 
Berfikir positif mencegah Anda memilih keputusan yang salah atau melakukan hal yang bodoh yang akan membuat anda menyesal. Berfikir positif akan membuat Anda memilih dan membuat keputusan dengan mudah dan tepat.

5. Meningkatkan fokus : 
Menggunakan fikiran positif membantu Anda lebih fokus saat menghadapi masalah. Jika Anda berfikir negatif akan membazirkan waktu dan tenaga anda sahaja.

6. Boleh dan mudah mengatur waktu lebih baik :
Dengan meningkatnya fokus serta kemampuan membuat keputusan yang lebih baik, Anda akan lebih teratur, ini akan membantu Anda mendapatkan lebih banyak waktu untuk diri sendiri dan orang yang Anda cintai.



7. Lebih sukses dalam hidup : 
Sikap positif tak hanya boleh meningkatkan fokus Anda dan boleh  mengatur waktu dengan baik tetapi mampu memberi Anda pada kebahagian dan keberhasilan saat mengubah hidup Anda.

8. Disenangi orang sekeliling :
Ketika berfikir positif, Anda akan menarik perhatian orang-orang dan ketika orang-orang tersebut dekat dengan Anda mereka akan merasa selesa dan ceria, sifat yang tenang anda, mampu juga menenangkan orang sekitar kita juga.

9. Menjadi seorang yang berani : 
Ketakutan berasal dari fikiran negatif. Berfikiran positif mampu menghilangkan rasa takut. Keberanian berasal dari kenyataan bahawa Anda tetap positif Anda akan tahu bahawa apapun yang terjadi dalam hidup Anda, Anda dapat menghadapinya.

10. Hidup lebih bahagia:   
Percayakan diri sendiri merupakan suatu fakta bahawa Anda bahagia menjadi diri Anda sendiri dan tidak mencuba untuk menjadi orang lain. Jika Anda memiliki semangat berfikir positif, Anda akan selalu berasa hidup bahagia, damai, tawa, kesihatan yang baik dan mampu membawa kebaikan dalam urusan kewangan kehidupan anda.





Tips agar Anda selalu berfikiran positif :
  1. Jadilah optimis dan mengharapkan hasil yang baik dalam segala situasi, iaitu berusahalah dengan positif dan "move forward"
  2. Cari alasan untuk tersenyum lebih kerap, iaitu wujudkan situasi ceria dan menenangkan untuk kita dan sekeliling kita.
  3. Wujudkan hanya apa yang Anda inginkan wujudkan.  Cipta sesuatu matlamat yang positif dan usaha yang positif.
  4. Libatkan diri Anda dalam kegiatan rekreasi menyenangkan.
  5. Baca dan buatkan sesuatu inspirasi.
  6. Ikuti gaya hidup sihat dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau pun dua minggu sekali atau sebulan sekali. 
  7. Bergaullah dengan orang yang selalu berfikir positif.
  8. Seseorang yang berfikir positif tahu bagaimana menangani situasi yang buruk lebih baik. Dan ingatlah, kesan dan hasil dari sifat positif banyak kelebihannya. 



 Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com

Wednesday, 28 May 2014

Berhati-hati dengan taktik penipuan

Berhati-hati dengan langkah anda, setiap kelekaan dan tidak alert menyebabkan anda mudah di tipu oleh pencuri identiti banking/maklumat kewngan anda.

Pernahkah anda di hubungi melalui telefon semasa anda sedang sibuk atau tengah memandu?  
Pernahkah mereka menghubungi anda bertanyakan sesuatu yang rasanya anda tidak perlu memberitahu orang lain maklumat anda?
Sesungguhnya..ketika anda sibuk, leka, hendak cepat melakukan sesuatu perkara kerja/urusan anda, ketika inilah mereka seronok kerana anda akan ada sedikit kecuaian dan terleka.  Dengan mudah dapatkan mereka mengambil maklumat kewangan anda tanpa anda sedari.

 Dan ada juga akan membuat aktiviti penipuan ini semasa hari hujung minggu seperti sabtu dan ahad, kerana waktu itu mangsa-mangsa mereka sedang beristirehat.

Terlalu banyak cara mereka akan gunakan semasa menelefon anda, kekadang nombor telefon yang tertera di screen telefon anda adalah merupakan nombor telefon sebenar bank-bank di Malaysia.  Jangan panik atau keliru di saat itu!!! Cuba tenangkan fikiran dan fikir logik dan cara terbaik.
Banyak taktik penipuan seperti ini telah memanipulasi/mengubah situasi yang menjadikan nombor yang anda lihat adalah nombor bank dan ada kalanya anda telah mengenali nombor tersebut.

Apa yang perlu anda lakukan anda?  Paling mudah jika anda sedang memandu/tengah sibuk, minta mereka telefon anda kemudian.  Jangan buat keputusan saat anda sibuk atau bercelaru.  Dalam masa 24 jam kebiasaannya anda akan terfikir perbuatan/kesilapan kita sepanjang 24 jam..jadi ada sesetengah mereka akan menyesal.  Jadi saat anda memberi tempoh untuk mereka menghubungi anda semula, ada baiknya anda segera menghubungi nombor talian HOTLINE bank dan anda bertanya tentang kekeliruan anda tentang apa yang anda rasakan.  Sebenarnya nombor bank yang hubungi kita banyak  risiko bahaya kerana  nombor boleh di ubah untuk di lihat tertera pada mangsa penipuan mereka.. Jadi adalah elok  kita sendiri hubungi talian hotline bank  untuk bertanya, risiko talian di manipulasi adalah rendah.

Paling penting yang ingin di tekankan di sini, " Jangan buat keputusan saat anda sibuk !!!" Ambillah sedikit masa untuk membuat keputusan sebelum menyerahkan maklumat diri dan kewangan anda kepada orang yang tidak anda kenali.

Kebiasaaannya mereka akan meminta maklumat diri anda/nama/nombor pengenalan/alamat anda, butiran kad kredit anda atau butiran kad debit  dan nombor akaun anda.

Ada baiknya, jika anda berkesempatan, pergilah di BANK NEGARA   6 bulan sekali untuk print status dan detail senarai pinjaman anda untuk simpanan anda. Dengan adanya maklumat dari BANK NEGARA, anda boleh jadikan rujukan dan memeriksa sebarang kemusyilan pinjaman dan kad kredit anda.

Di sini saya sertakan keratan penting, simpanlah nombor telefon ini untuk rujukan anda kemudian.
Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.



Tuesday, 27 May 2014

Pengambilan makanan seimbang dalam seharian




Makanan yang seimbang sangat penting dalam memastikan kesihatan yang sihat. Pengambilan kalori berdasarkan betapa aktifnya anda dalam kehidupan seharian.  Pengambilan kalori haruslah seimbang dengan tenaga yang digunakan.  Diet secara sihat adalah daripada makanan yang seimbang termasuk:-

1.       Pengambilan Karbohidrat.

Karbohidrat terdiri daripada sumber makanan berkanji seperti nasi, kentang, bijiran dan roti. Sumber karbohidrat yang baik adalah digabungkan sekali dengan bijiran. Bijiran adalah mengandungi serat yang dapat membuatkan anda kenyang lebih lama. Karbohidrat boleh diambil segenggam tangan kerana apabila terlebih karbohidrat juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan.  Karbohidrat akan di tukar dalam bentuk kalori yang memberi tenaga dan ia menyumbang paras gula untuk tubuh serta jika ia berlebihan ia akan bertukar lemak yang akan tersimpan dalam badan kita.




2.       Lebihkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk tubuh kita , ia mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang di perlukan tubuh badan kita.  Anda digalakkan untuk mengambil makanan 5 kali dalam kuantiti yang sedikit adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan, malah jus buah-buahan juga dikira sebagai diet yang menyihatkan.  Pengambilan buah-buahan seelok-eloknya di ambil sebelum mengambil makanan berat/ berlemak. Buahan dan sayuran adalah baik untuk usus, selain ia memberi vitamin di perlukan, ia juga menjaga usus kita supaya sihat dan baik serta  fiber/serat yang terkandung di dalamnya bertindak penting dalam merendahkan paras kolestrol dalam darah.

3.       Pengambilan  protein dalam makanan (contoh:ikan)

Semua jenis tisu dalam tubuh badan manusia amat memerlukan protein, termasuk tulang, darah dan otot.  Protein merupakan bahan asas dalam pembinaan tubuh. Ia bertindak sebagai membaiki, mengganti dan membuat tisu-tisu serta memastikan pertumbuhan secara optimum. Protein diperbuat daripada asid amino. Tahukah anda yg tubuh manusia memerlukan 22 jenis asid amino, 14 jenis daripadanya boleh dihasilkan dalam tubuh namun baki 8 lagi hanya boleh didapati daripada sumber makanan (ini dipanggil asid amino perlu). Sumber protein adalah daripada sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging, telur dan tumbuhan, terutamanya kekacang (kacang, kacang peas) adalah sumber protein yang mengandungi vitamin dan mineral.
Sumber protein dari ikan laut dalam mengandungi lemak Omega-3 yang boleh membantu untuk menggelakkan penyakit jantung seperti ikan salmon mengandungi banyak lemak Omega 3 berbanding ikan yang lain.

4.       Mengurangkan Pengambilan Lemak Tepu.

Lemak terbahagi kepada dua iaitu : lemak tepu dan lemak tak tepu.  Lemak tepu ialah boleh meningkatkan kolesterol dalam darah yang boleh menyebabkan risiko penyakit jantung.  
Contoh lemak tepu seperti, butter, keju, cream dan biskut.   Kurangkan pengambilan makanan lemak tepu dan seelok-eloknya anda digalakkan mengambil makanan tidak berlemak tepu. Contoh lemak tidak tepu seperti minyak sayuran dan minyak ikan dalam kuantiti yang sedikit.  Untuk pengambilan daging, anda digalakkan untuk mengambil di bahagian isi dan buangkan di bahagian lemak daging.  Sumber daging merah mengandungi lebih lemak tepu berbanding daging putih seperti ikan dan ayam.


5.       Mengurangkan Pengambilan gula.

Gula adalah sumber karbohidrat ringkas yang menyumbang kepada kalori yang tinggi. Pengambilan makanan dan minuman manis yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan naik. Gula didapati melalui buah-buahan sudah memadai kerana tubuh badan kita hanya memerlukan gula yang mengandungi kuantiti yang sedikit dalam badan kita supaya tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik.  Pengambilan gula yang berlebihan menyumbang penyakit diabetik (kencing manis) yang mana akhirnya akan membawa kepada beberapa penyakit lain seperti darah tinggi, jantung dan buah pinggang serta pelbagai lagi.   Diet yang sihat daripada pemakanan yang seimbang dapat membantu anda untuk mencapai kepada berat badan yang ideal dan memberi kesihatan yang terbaik.





Kepentingan pengambilan makanan seimbang

Makanan yang seimbang ialah pengambilan makanan yang secukupnya untuk keperluan tubuh badan kita.   Di dalam tubuh badan kita  memerlukan kalori, protein, multivitamin, lemak yang baik dan  fiber/serat  untuk kesihatan tubuh badan kita.

1.       Tumbesaran fizikal manusia.

Tubuh badan manusia memerlukan zat  yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat dan sihat.  Contohnya kanak-kanak memerlukan lebih kalsium untuk tumbesaran tulang yang sihat dan kuat.

2.       Pengambilan vitamin secukupnya.

Vitamin yang diambil dengan secukupnya untuk tubuh badan kita memberi ketahanan daripada dijangkiti sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.

3.       Mengawal kadar obesiti

Dalam pengambilan makanan seimbang dalam hidup adalah perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan dalam tubuh badan manusia.  Pengawalan pengambilan makanan berlebihan boleh mengelakkan terjadi nya obesiti.


                                                         (Makanan Merangsang Otak)


4.       Perkembangan mental tidak terganggu.

Kekurangan pengambilan zat boleh menyebabkan mental tidak cerdas dan letih. Keadaan ini, menyebabkan seseorang gagal berfikir dengan baik.  Contoh paling terbaik jika kita tidak mengambil sarapan pagi, kita akan merasa pening, lapar, tidak berfikir dengan baik dan menyumbang moody( mood yang tidak stabil) serta kebuntuan idea dan tidak ceria.  Oleh itu waktu pagi kita memerlukan makanan yang memberi kalori/tenaga untuk otak dan badan kita untuk tampil cergas dan bertenaga dalam urusan seharian.




Tips diet seimbang

1.       Mengamalkan pengambilan buah-buahan.

Seperti epal, nenas, pisang, betik, anggur dan sebagainya.

2.       Mengamalkan memakan kekacang.

a.       Kacang pea, adalah kaya dengan karbohidrat, gantian dan vitamin (terutama vitamin B)
b.       Kacang soya kaya dengan protein
Contoh : susu kacang soya, tauhu,tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3.        Perbanyakkan meminum air suam.

Air sangat penting untuk tubuh badan terutama penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan air dalam satu hari 11/2 hingga 21/2 liter air melalui air kencing, buang air besar, peluh dan wap daripada paru2.
Minum air sekurang nya 6-8 gelas air setiap hari.

4.       Mengurangkan kandungan lemak dalam makanan.

a.       Memilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol.
b.       Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit atau mengantikan dengan minyak sumber sayuran atau olive oil dalam masakan atau  tapis minyak berlebihan sesudah menggoreng.
c.       Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam makanan.
d.       Memilih daging tanpa lemak atau membuang lemak semasa membersihkan daging.
e.       Menghadkan penggunaan lemak (majerin,mentega,minyak salad,krim dan mayonis)
f.        Mengamalkan kaedah masakan seperti membakar, kukus atau rebus

5.       Mengurangkan pengambilan gula.

Mengambil gula yang berlebihan, anda akan menyebabkan kerosakan gigi, kegemukan, kencing manis, dan risiko mendapat serangan jantung.

6.       Mengurangkan pengambilan garam.

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan seperti kentang goreng mengandungi kadar garam yang berlebihan.  Ia boleh menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi yang akan menyebabkan terjadinya strok dan boleh mendapat serangan jantung jika di ambil dalam kuantiti yang banyak dan  dalam jangkamasa yang lama. Sesetengah orang mungkin akan menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema), kerana tindakan garam mengekalkan air dalam badan.  Masalah  kerosakan buah pinggang akan menyebabkan pesakit tersebut terpaksa menjaga diet melibatkan garam bagi mengelak keadaan ini.

Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com

Sunday, 4 May 2014

Tip Mudah Kupas Kentang

 


Kadang kala ibu sangat mengejar masa menguruskan rumah tangga. Jika boleh ibu ingin memasak untuk keluarga setiap hari. Namun, adakalanya ia gagal dilakukan berikutan kesuntukan masa terutama apabila bahan masakan semuanya memerlukan masa yang lama untuk diselenggarakan.
 
Ubi kentang antara bahan masakan yang sedia ada di rumah dan boleh dimasak pada bila-bila masa. Tetapi ubi kentang agak memakan masa kerana prosesnya yang lambat dan perlu dilakukan dengan teliti dan bersih. Sebenarnya ada petua mengupas ubi kentang dengan mudah dan menjimatkan masa.
 
Caranya iaitu masukkan garam dalam air dan rendamkan ubi kentang dalam air garam semalaman. Bilas dan kupas seperti biasa kerana ia menjadi semakin mudah.

Tip-tip Tubuh sihat dan cantik


 Untuk Kulit Licin dan Cerah

Inginkan kulit yang licin dan cerah? Ambillah sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan limau tersebut pada muka dan seluruh tubuh semasa mandi. Hasilnya, kulit bukan sahaja menjadi cerah dan licin tetapi juga berbau harum.



Kurangkan Lebam Bawah Mata


Kadang kala ibu terpaksa berjaga malam terutama apabila si kecil meragam tengah malam. Akibatnya bawah mata ibu semakin lama semakin lebam. Jangan biarkan ia berlarutan kerana akan menjejaskan kesihatan mata dan penampilan.
Cuba amalkan petua tradisional yang mudah, murah dan boleh dilakukan bila-bila masa. Ambil sebiji timun dan hiris dengan ketebalan sederhana. Kemudian, tekapkan hirisan timun tadi pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit. Selain timun, anda boleh juga menggunakan buah tomato.




Salad Yang Berkhasiat


Kehadirannya hanya sebagai pelengkap hiasan hidangan. Kadang kala ia dibiarkan sahaja tanpa disentuh. Hakikatnya si hijau segar ini mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan. Daun salad sebenarnya sedap dimakan terutama apabila masih segar dan rangup.
Tahukah anda daun salad mempunyai kepentingan dari segi perubatan juga. Si hijau yang mempunyai nama saintifik Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti berikut:
*Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
*Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
*Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
*Ia juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.
Jika anda dalam pelan diet, amalan makan salad antara menu sihat yang digalakkan. Bagaimanapun ia perlu mengikut kriteria diet salad yang baik iaitu:
*Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung.
*Bataskan penggunaan bijirin.
*Pilih minyak zaitan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3.
*Jangan tambah gula di dalam hidangan salad.
*Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad.
*Elakkan penambahan makanan berlemak sebaliknya tambah sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging.

20 TIPS HIDUP SIHAT


1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.

2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.

4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.

5. Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik!

6. Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black cohosh, red clover, dong quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan!

7. Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.

8. Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.



9. Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

10. Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

11. L-karnitina, kompaun menyerupai vitamin menghalang pengumpulan lemak badan dan membantu mengurangkan lemak tanpa kesan sampingan. Ia cara sihat untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat.




12. Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.
 
13. Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

14. Apabila keluar membeli-belah, letakkan kenderaan anda sejauh mungkin. Gunakan kesempatan untuk berjalan.

15. Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .

16. Senaman adalah cara terbaik menyingkir toksik secara semula jadi yang sama penting dengan diet yang baik. Tambahkan probiotik, spirulina organik, milk thistle & dandelion ke dalam diet anda untuk kesan pembersihan yang lebih baik.

17. Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang.

18. Lakukan aktiviti berkumpulan dengan memilih tempat yang memberi intensiti dan ketahanan lebih tinggi setiap aktiviti bagi meningkatkan stamina seperti Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM). Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan hubungan selepas sibuk bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin membuatkan anda lebih bersemangat.

19. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

20. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan