Monday, 23 June 2014

Rahsia Menghilangkan Kepenatan & Di mudahkan Urusan

Kehilangan tenaga dalam melakukan tugasan seharian di alami oleh kebanyakan orang, bagi sesiapa yang sibuk kekadang mengalami kedua-duanya iaitu kehilangan tenaga fizikal ataupun mental.  Bagaimana kepenatan dan kehilangan tenaga boleh menyebabkan kita tidak produktif dalam melakukan kerja-kerja seterusnya.



Kita tertanya-tanya apakah rahsia untuk kekal bertenaga, sedangkan kita tidak mampu berehat di sebabkan bebanan kerja yang banyak atau tidak berkesudahan.

Masa tidak menunggu kita, seringkali kita terpaksa memerah keringat & tenaga untuk terus melangkah melakukan kerja walaupun sudah penat & keletihan sangat-sangat.

Ada beberapa tip & rahsia mudah bagi mengatasi kepenatan, ia semudah ABC, namun tidak semua mampu melakukan atau berkeinginan untuk melakukan walaupun ia mudah dan hanya mengambil beberapa minit sahaja.

 Tip & cara utama yang perlu di lakukan setiap hari dan boleh dilakukan pada awal pagi atau sebelum memulakan sesuatu tugas harian atau apabila kepenatan & baring untuk tidur malam serta mengikut sunnah Rasullah adalah kita boleh mengamalkan :--

1. Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
 “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 34 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
 
***Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (34 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Inilah yang dimaksudkan sebagai petua, panduan, rahsia, tips menghilangkan, cara bagaimana penawar kepenatan badan. Kepenatan dan keletihan badan akan dapat dihilangkan







Tuesday, 17 June 2014

10 cara memanjangkan rambut secara semulajadi

Rambut adalah mahkota wanita, lagi panjang rambut wanita itu, bertambah ayu dan femininnya seseorang wanita itu.  Rambut yang bersih, wangi, cantik berkilat dan beralun lembut menjadi idaman setiap wanita.

Namun sering kali kita dengar masalah wanita berkaitan rambut.  Rambut gugur, bercabang, berkelemumur dan rambut statik( tidak beralun).  Sekalipun kita memakai tudung/shawl, pasti seseorang wanita itu juga berkeinginan memiliki rambut yang sihat, lembut dan cantik, apatah lagi apabila membuka tudung semasa di rumah, rambut masih berkeadaan sihat dan cantik.
Di sini saya kongsikan tip untuk kesihatan rambut sekaligus memberi kecantikan pada akar rambut dan strukturnya, malah dapat memanjangkan rambut serta dapat mengurangkan masalah-masalah berkaitan dengan rambut.

Ia memerlukan bahan-bahan di dapur atau sedikit sahaja yang mungkin terpaksa di beli contohnya maca minyak zaitun jika dapur anda tidak terdapat bahan ini. Atau supplemen vitamin B mungkin juga terpaksa di beli?  Namun jika kita mengamalkan pengambilan mengikut piramid makanan, Insya Allah kita tidak memerlukan pengambilan vitamin tambahan.  Kebanyakan vitamin-vitamin kecantikan terdapat pada sayur- syuran dan buah-buahan.



1.  Minyak Zaitun
Ia bukan sahaja boleh menghaluskan & melembutkan rambut malah ia bertindak ke akar rambut mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dengan secara cepat.
Caranya : Ambil minyak zaitun dan titiskan 4-5 titis ke rambut dan ratakan sehingga ke akar rambut dengan cara urutan keseluruhan rambut kepala.  Biarkan semalam dan cuci rambut pada awal pagi.

2. Teh Hijau
Teh hijau mengandungi antioksida yang tinggi untuk memberi peredaran darah yang baik keseluruh rambut yang boleh memanjangkan rambut.  Jadi ini mempercepatkan proses pertumbuhan rambut.   Caranya : Blender teh hijau dan pekatkan dengan air, kemudian menyapu rata ke seluruhan kulit kepala secara mengurut.  Tutup kepala dengan plastik menutup kepala atau menggunakan plastik biasa yang muat ke kepala bagi memanas dan memberi penyerapan teh hijau ke kulit kepala, biarkan untuk 20 minit  dan kemudian cuci rambut  serta keringkan.

3.  Santan
Ini adalah bahan paling popular dan mudah di dapati di dapur anda.  Santan boleh menghalus dan mengilatkan rambut.  Jika di gunakan 3-4 kali seminggu hasilnya amat menakjubkan boleh memanjangkan rambut.
Caranya :  Ambil 300 ke 500ml santan dan lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut, lakukan dengan cara mengurut untuk memudahkan penyerapan vitamin dari santan.  Tutup rambut dengan plastik penutup kepala untuk penyerapan bahan dan biarkan selama 15 ke 20 minit.

4.  Kulit apple
Apple kaya dengan polifenol dalam membantu menguatkan akar rambut dari keguguran.  Jika sesetengah orang akan membuang kulit apple sebelum memakan apple, jadi manfaatkan kulit apple ini untuk rambut anda. Kulit apple mengandungi khasiat baik untuk memanjangkan dan menguatkan akar rambut.
Caranya : Blender kulit apple dan sapu rata di kulit kepala serta tutup dengan plastik penutup kepala dan biarkan 15 - 20 minit juga.  Kemudiana bilas hingga bersih

5.  Putih telur
Protein terdapat di putih telur amat berguna dalam menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat serta cantik.  
 Caranya : Ambil 3 biji telur dan ambil putihnya, kacau putih telur untuk meringankan strukturnya dan sapukan keseluruhan rambut dan akarnya sambil urutkan kulit kepala dan biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas hingga bersih.



6.  Perbanyakkan minum air kosong
Kekalkan pengambilan 8 gelas sehari air kosong untuk menyuburkan akar rambut di samping membantu menyingkir toksin dari badan dan menjadikan tubuh badan segar.  Air yang mencukupi membantu mengaktifkan sel-sel dalam rambut dalam mempercepatkan pertumbuhan rambut.

7.  Memakan makanan sumber protien
Protein  nutrien penting untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut anda.  Sumber protein terdapat pada ikan, daging ayam, daging merah, kekacang dan tenusu.

8.  Mengambil supplemen vitamin B
Vitamin B dan B complex  amat penting untuk kesihatan rambut.  Kekurangan vitamin B akan menyebabkan rambut kering, bercabang dan rapuh. Vitamin B terdapat pada buahan seperti pisang dan pelbagai buahan lagi.

9.  Lakukan Hot Oil Scalp Massage
Beberapa salon kecantikan & spa ada menyediakan rawatan  urutan kulit kepala dan rambut dengan minyak khusus.   Rasa hangat dari minyak dan urutan tadi membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala seterusnya mempercepatan penyerapan nutrien untuk pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut.  Anda yang tidak berkesempatan ke salon rawatan boleh melakukannya di rumah dengan membeli "Hot Oil Scalp Massage" melalui jenama-jenama seperti loreal, sunsilk dan sebagainya.
Caranya : Titiskan beberapa titis minyak ke kulit kepala, urut rata keseluruh kulit kepala, tutupkan dengan plastik penutup kepala dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas hingga bersih.

10.  Elak menggunakan blow dry
Jika anda ingin mengeringkan rambut selepas mandi, gunakan hanya kipas biasa dan elak penggunaan hair dyer.  Kerana penggunaan hair dyer jika berterusan boleh mengeringkan rambut, rapuh dan putus.


**Jika ingin penyerapan baik terdapat bahan-bahan nutrien yang saya sebutkan di atas ini,  sebaik-baiknya anda cuci rambut bersih-bersih terlebih dahulu dan keringkan rambut sedikit dengan angin, kemudian barulah menggunakan bahan-bahan tadi ke rambut.  Kulit kepala yang bersih dapat memaksimumkan penyerapan bahan nutrien, malah memberi keputusan kesan yang menakjubkan.
Sedikit usaha tenaga dan masa yang anda luangkan mampu memberi kecantikan semulajadi kepada tubuh badan anda.



Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com

Monday, 16 June 2014

5 cara cantik secara semulajadi

1. Tidur dewasa sekurang-kurang 8 jam sehari, bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan & aliran oksigen yang lancar keseluruhan badan.  Ini kerana kekurangan tidur, aliran peredaran darah terganggu, bahkan oksigen berkurangan dalam darah menyebabkan kulit kelihatan pucat dan muram serta ia menganggu kelancaran anggota tubuh lain.  Jika kelamaan tabiat tidur yang kurang, ia akan kelihatan kesan-kesan yang ketara seperti sembab di mata, muka pucat dan tidak ceria serta sengal-sengal serta sakit-sakit keseluruhan badan.  Tidur yang mencukupi membantu pengeluaran hormon melatonin yang baik untuk membantu ketahanan tubuh dan membaiki kerosakan sel-sel tubuh.

2.  Mencuci muka dan tubuh badan secara teratur & rutin bagi mengekalkan kebersihan dari kotoran dan dapat menyerap nutrien baik ke kulit, malah melancarkan peredaran darah ke lapisan kulit.
Pada kulit muka, gunakanlah selepas itu toner & serum untuk mendapat lebih manfaat dan membekal nutrien terbaik ke kulit anda.

3.  Melakukan aktiviti fizikal seperti senaman secara rutin.  Ia baik untuk aliran darah lancar ke seluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi keseluruhan sistem badan.  Senaman yang teratur mampu memberi kesihatan badan dengan pengeluaran peluh secara semulajadi, untuk perkembangan paru-paru yang baik dan aktiviti organ lain.  Seterusnya dengan senaman, kulit wajah mampu lebih ceria dan kelihatan muda kerana aliran darah yang lancar sehingga ke hujung tubuh.

4.  Amalkan tabiat makanan yang seimbang dan jauhi gaya  makanan yang tidak sihat.  Mengamalkan piramid makanan yang penting dapat membekalkan khasiat keseluruhan badan menjadikan sistem tubuh berfungsi dengan baik.  Mengamalkan gaya makanan seimbang dan kaya pengambilan buahan dan sayuran mampu menjadikan awet muda kerana khasiat multivitamin mencukupi sehingga tergambar di kulit wajah dan tubuh yang cantik, lembap, anjal dan segar.  Makanan yang baik dapat membekalkan oksigen yang baik untuk tubuh badan anda.  Amalkan minum air kosong sekurang-kurang  8 gelas sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dari tubuh dan membekalkan air mencukupi untuk tubuh

5.  Mengamalkan rutin tetap mencuci muka, memakai toner, pelembab  dan scrub &  masker seminggu sekali untuk pembuangan sel-sel mati di lapisan kulit luar sekaligus dapat melancarkan aliran darah dan pembentukan sel kulit baru.  Gunakan masker yang sesuai bagi memberi dan mengekalkan keanjalan kulit, melembap kulit, menutup pori-pori dan membekalkan nutrien untuk kulit muka.  Boleh membuat masker sendiri seperti putih telur + jus lemon, kacau rata sehingga berbuih dan sapukan pada kulit wajah dengan rata.  Fungsi telur putih tadi adalah untuk membekalkan protein untuk kulit muka, melembap & menganjalkan kulit,  menutup pori-pori serta mempercepatkan proses pembuangan sel-sel kulit mati.  Manakala jus lemon mampu membekalkan vitamin c sebagai antioksida dan melawan penuaan kulit serta menjaga keanjalan kulit.








Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com

Saturday, 7 June 2014

Masker menegang dan memutihkan muka

Pernahkan anda tahu, makanan terbaik mengurangkan kolestrol dalam darah dan merupakan menu sarapan pagi yang mengenyang dan amat menyihatkan.  Sumber dari dapur banyak manfaatnya jika kita rajin manfaatkan untuk kecantikan kita.
Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah tip nak buat masker yang mudah dan menjimatkan, hanya menggunakan sumber-sumber di dapur anda sahaja.
 Bahan-bahan yang diperlukan adalah serbuk kacang soya, susu dan oat sahaja..wah,  mudahnya!!!

Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:-

1.  Masukkan 1/2 sudu besar serbuk soya + 1/2 sudu besar susu dan 1 sudu besar oat.
2.  Masukkan sedikit air dengan kepekatan yang sesuai untuk di letak di muka sebagai masker.
3.  Gaul rata dan tepek kan masker tadi di muka dan ratakan keseluruh muka anda.
4.  Biarkan 10 - 15 minit, kemudian basuh muka anda dengan air yang bersih


Lakukan semudah itu untuk mendapat hasil yang memuaskan hanya secara semulajadi.  Jika berkesempatan lakukan ini 1-2 kali seminggu sekali.

Kerajinan anda pasti tidak akan mengecewakan diri anda... Kerajinan pasti membuahkan hasil wajah yang berseri tampak bersih semulajadi

" Masker ini bukan sekadar masker menegang dan memutihkan kulit wajah, malah semasa mencuci muka anda dengan air bersih, sambil gosokkan perlahan keseluruhan muka sebagai scrub muka sekaligus ia dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dan dapat menanggalkan sel-sel mati kulit anda.

Kekadang kita rasa amat cemburu pada mereka yang memiliki kulit wajah yang begitu cantik sekali walaupun tanpa sebarang make up.. pastinya kulit wajah mereka yang cantik tidak terjadinya sebegitu sahaja kan kan??

Selamat mencuba ya.  :)


Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com