Saturday, 7 June 2014

Masker menegang dan memutihkan muka

Pernahkan anda tahu, makanan terbaik mengurangkan kolestrol dalam darah dan merupakan menu sarapan pagi yang mengenyang dan amat menyihatkan.  Sumber dari dapur banyak manfaatnya jika kita rajin manfaatkan untuk kecantikan kita.
Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah tip nak buat masker yang mudah dan menjimatkan, hanya menggunakan sumber-sumber di dapur anda sahaja.
 Bahan-bahan yang diperlukan adalah serbuk kacang soya, susu dan oat sahaja..wah,  mudahnya!!!

Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:-

1.  Masukkan 1/2 sudu besar serbuk soya + 1/2 sudu besar susu dan 1 sudu besar oat.
2.  Masukkan sedikit air dengan kepekatan yang sesuai untuk di letak di muka sebagai masker.
3.  Gaul rata dan tepek kan masker tadi di muka dan ratakan keseluruh muka anda.
4.  Biarkan 10 - 15 minit, kemudian basuh muka anda dengan air yang bersih


Lakukan semudah itu untuk mendapat hasil yang memuaskan hanya secara semulajadi.  Jika berkesempatan lakukan ini 1-2 kali seminggu sekali.

Kerajinan anda pasti tidak akan mengecewakan diri anda... Kerajinan pasti membuahkan hasil wajah yang berseri tampak bersih semulajadi

" Masker ini bukan sekadar masker menegang dan memutihkan kulit wajah, malah semasa mencuci muka anda dengan air bersih, sambil gosokkan perlahan keseluruhan muka sebagai scrub muka sekaligus ia dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dan dapat menanggalkan sel-sel mati kulit anda.

Kekadang kita rasa amat cemburu pada mereka yang memiliki kulit wajah yang begitu cantik sekali walaupun tanpa sebarang make up.. pastinya kulit wajah mereka yang cantik tidak terjadinya sebegitu sahaja kan kan??

Selamat mencuba ya.  :)


Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com 

No comments: