Wednesday, 31 December 2014

Ulam memberi khasiat awet muda.


Di negara kita kaya dengan sumber ulam-ulaman yang sedap dan menyihatkan tubuh badan.
Siapa suka ulam - komen "LIKE"

Ulam Kekal Rangup

Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.

Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.



Tuesday, 30 December 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!



Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak
kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang
baru jika mengamal latihan
pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh
merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun
tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan
dalam waktu ini, masalah
kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan
waktu ini walaupun setitik air. Jika
makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan
meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah
pada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang
diambil pada ketika ini. Tidak
sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak
lebih karbon dioksida akan
bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh
atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan
lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada
waktu lain.

Petang

1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada
waktu ini. Selepas itu duduk tutup
mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk
mengambil minuman seperti jus
buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa
untuk bersantai dan rehat dari kerja
harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam
patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk
mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak
pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan
bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau
bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih
berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di
hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak
akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.


Monday, 29 December 2014

Cara Susutkan Berat Badan


Langkah 1.

Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Langkah 2.

Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.

Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.


Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.


Kalkulator Ukuran Berat Badan Ideal


Adakah berat badan anda ideal dan sihat?
Sila cuba alat bantu berikut untuk mengetahui apakah anda termasuk kurus, normal, atau gemuk.
Masukkan berat badan dan tinggi badan pada kotak di bawah ini.


http://www.thecalculatorsite.com/health/bmicalculator.php

Cara Singkir toksik dari tubuh

Jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat, sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itu merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan.

Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.

Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.
Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.
Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:

a) Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.

b) Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.

c) Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan jangan lupa minum air masak secukupnya.

Saturday, 27 December 2014

Cermin mata besar

Kebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya.

Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar.

Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa


                        Photo: Cermin mata besar

Kebanyakan wanita merasakan bahawa apabila mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan kelihatan lebih moden dan bergaya.

Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar.

Amatlah penting bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa.

Friday, 26 December 2014

Urutan Wajah Petua Awet Muda



Luangkan hanya 4 minit untuk melakukan kaedah urutan wajah. Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia sebagai harian anda. Gunakan sentuhan yang  ringan serta lembut hanya menggunakan bahagian jari. Buat dalam gerakan ke atas dan seterusnya di bawa ke bawah luar wajah.



Langkah  Pertama Urutan Wajah


Gunakan bahagian belakang tangan, kenakan tekanan yang lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah dagu untuk merangsang sel kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar tangan, dongak leher dan urut seluruh bahagian bawah leher merangkumi telinga kanan ke kiri.

Langkah  Kedua Urutan Wajah


Ambil jari telunjuk dan jari hantu, tekan perlahan pada bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.


Langkah  Ketiga Urutan Wajah


Susun jari kedua-dua belah tangan secara menegak, tunjukan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di rahang. Rapatkan tangan secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama tiga hingga empat saat dan ulang.

Langkah  Keempat Urutan Wajah


Kenekan tekanan secara ringan dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga. Tekan perlahan dan biar selama tiga hingga empat saat dan ulang.

Langkah  Kelima Urutan Wajah

Genggam jari dan tekan lembut ke bawah dagu manakala ibu jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar mulut, di bawah hidung, sekitar lubang hidung serta kelopak hidung. Urutan ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan toksin.

Langkah  Keenam Urutan Wajah


Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas tulang pipi dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.


Langkah  Ketujuh Urutan Wajah


Ambil jari hantu dan jari manis, tekan perlahan selama lima saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa sehingga hujung kening ( pelipis).

Langkah  Kelapan Urutan Wajah

Gunakan jari manis dan picit menggunakan kadar tekanan yang perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke bahagian kelopak mata ( pejamkan mata)



Langkah  Kesembilan Urutan Wajah


Bawa kedua telapak tangan dan letak di bahagian antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan lembut dan perlahan. Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan kehadiran garis halus pada wajah.

Langkah  Kesepuluh Urutan Wajah


Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke muka. Kedap wajah dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan tarikan. Tekan wajah perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang

Langkah  terakhir Urutan Wajah


Akhir sekali, gunakan telapak tangan serta jari dan tekan menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi leher sebelah kiri. Lakukan pada pangkal leher hingga rahang. Ulang gerakan  yang sama menggunakan tangan kiri.


Wednesday, 24 December 2014

Petua Mencerahkan Kulit Badan


Ini ada satu scrub asli yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan. Caranya :

Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.

Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air (ingat, sedikit sahaja). Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan scrub.

Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut, berseri bak bayi (chewahhh...)


Tuesday, 23 December 2014

Awas Makanan Dicemari Kulat!


Jika terdedah kepada Aflatoksin pada aras yang tinggi dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan barah hati dan keracunan makanan. Sekiranya seseorang berpenyakit hepar atau mempunyai jangkitan virus hepatitis B, dia juga lebih berisiko.

Antara kumpulan makanan yang biasa dicemari Aflatoksin adalah, kacang tanah, pistachio, mentega kacang, badam, jagung, beras, gandum, sekoi, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji matahari, cili, lada hitam, kunyit, halia, ketumbar dan sebagainya.

Sebab itu, cara penyimpanan bahan makanan ini perlu dititikberatkan; jangan dilonggokkan dalam kuantiti yang banyak tanpa pengaliran udara yang baik. Sebaiknya, simpan kekacang, bijiran dan rempah ratus di tempat yang kering, dalam bekas kedap udara.

Semasa membeli juga, pilihlah yang dalam keadaan baik dan segar, tanpa tanda-tanda rosak seperti ditumbuhi kulat, dan tiada perubahan dari segi fizikal.

Sunday, 21 December 2014

Millionaires park supercars in their LIVING ROOM

Ada orang kaya, punya berbagai kereta mewah. Ada juga orang kaya yang suka membeli berbagai-bagai jenis hartanah, kondominium, dan sebagainya. Berlainan dengan lelaki ini, dia bukan sahaja mempunyai kereta mewah, tetapi dia juga tinggal di sebuah kondominium mewah yang mana kereta pun mempunyai lift sendiri dan parking lot kereta tersendiri, di mana? DI DALAM RUMAHNYA ITU!

Saturday, 20 December 2014

Petua Elak Muka Berjerawat


 

Saya nak berkongsi sikit pengalaman saya mengurangkan jerawat di muka. Kalau saya cakap pasti anda tidak percaya bahawa cara paling mudah untuk elak dari jerawat tumbuh ialah dengan menjaga beberapa pantang larang.
Memang pelik pantang larang yang saya akan terangkan nanti, tapi hakikatnya ianya berhasil pada saya. Oleh itu saya ingin kongsikan beberapa tips yang mampu selesaikan masalah anda.

Tips Elak Jerawat :-

1. Jika anda sudah menggunakan pelbagai jenis pencuci muka namun tetap jerawat tumbuh, anda harus berhenti dari mengunakan kesemua jenis pencuci muka selama seminggu.
2. Dalam tempoh seminggu, pastikan anda mengelap muka anda dengan tuala yang bersih supaya kotoran dan kulit berminyak tidak menghalang pengudaraan muka anda.
3. Setelah seminggu , anda barulah mengunakan semula pencuci muka yang benar-benar bersesuaian dengan muka anda.
4. Basuk muka 2 kali sehari iaitu pada mandi pagi dan petang.
5. Amalkan mengelap muka dengan tuala bersih.
6. Perbanyakkan mengambil wuduk (Air sembahyang)
7.  Jangan sentuh muka dengan tangan yang kotor.
8. Kurangkan stress ditempat kerja ataupun belajar.
9. Gunakan pencukur baru ketika bercukur.
10. Elakkan makan dan minum :-
  • air soya
  • kacang dan jajan
  • tempe
  • makanan yang terlalu pedas
  • makanan yang terlalu berminyak
11. Kurangkan aktiviti luar dan hindarkan dari udara yang berdebu.
12. kawan perempuan saya cakap, anda mesti bersihkan muka dahulu sebelum make-up.

* Selamat beramal, andai kata tak menjadi mesti ada masalah lain pada muka anda. elok jumpa doktor…

Tip Mencantikkan Kuku



Baru-baru ini kecoh di media barat yang melaporkan kuku palsu milik Lady Gaga yang hanya dipakainya selama beberapa saat ketika pelancaran minyak wanginya dan persembahan di konsert Born This Way ini telah terjual dengan harga ribuan ringgit! Mesti pembelinya tidak pandai menjaga kuku sampai terpaksa membeli kuku palsu semahal itu.
Tip Kuku
Gambar: theloftsalon.com

Sekiranya anda tidak mahu mengenakan kuku palsu seumur hidup, anda mesti tahu menjaga kuku supaya ia kekal cantik dan sihat. Di sini kami ada beberapa petua untuk anda.

1. Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.

2. Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda.

3. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.

4. Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.

5. Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.

6. Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.

7. Sekiranya anda suka mewarnakan kuku, pastikan anda memilih pewarna yang tinggi kualitinya kerana kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku.

8. Jangan selalu menggunakan aseton untuk membersihkan pewarna kuku kerana ia boleh menjadikan kuku anda kering.

9. Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.

10. Untuk mengilatkan kuku, gunakan bawang putih yang telah dipotong dua. Gosokkannya pada kuku sehingga mendapat hasil yang anda inginkan.

Video Post Wedding Pasangan Melayu Ini Sangat Romantis!




ALAHAI, tersengih-sengih jadinya apabila menonton video romantis pasangan Melayu ini.
Mana tidaknya, video post wedding mereka berjaya membuatkan orang yang menonton mengimbau kembali kehangatan cinta ala-ala drama bersiri popular Korea, Winter Sonata.
Dengarnya pasangan bernama Andaq dan Aimi melakukan video sweet ini ketika bulan madu mereka di Korea.
Kemain romantis lagi aksi mereka ini ditambah pula dengan salji yang turut menambah seri dalam video tersebut. Kita yang menontonnya pun jadi cemburu melihat kehangatan cinta mereka.
Pastinya, ada juga pasangan di luar sana mula berangan-angan ingin melakukan video post wedding seumpama ini.

Jom saksikan video ini.. – MYNEWSHUB.CC


Kredit : BONK Production


Berhati-hati dengan 4 makanan ini


Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.



Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan....