Wednesday, 20 August 2014

Elak Dehidrasi dan Kekeringan Kulit





1. Minum air masak kosong sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi/kekeringan.

Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

2. Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit, kerana kandungan gula dan garam yang tinggi.

3. Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering kerana ia menyebabkan aliran darah tidak lancar, malah aliran oksigen dalam darah akan terganggu ke satu-satu bahagian badan.

4. Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.  Sebenarnya cuaca sejuk menyebabkan tubuh badan kita membakar lemak lebih dari biasa bersama terhilangnya kandungan cecair dalam kulit secara perlahan-lahan

5. Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

6. Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.


7. Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih. Tidur yang mencukupi dapat melancarkan aliran darah dan oksigen untuk sistem badan berfungsi dengan baik serta dapat mengelakkan beberapa masalah penyakit yang timbul.Tidur dan rehat yang cukup dapat memberi menstabilkan emosi serta mengurangkan tekanan.

8. Tekap kulit muka anda menggunakan tuala kering yang bersih secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.

Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.


Tips Kekalkan Bibir Kemerah-merahan



Untuk menjadikan  bibir anda agar nampak kemerah-merahan, lembab dan berseri-seri, di sini  terdapat beberapa tips yang boleh kita amalkan.

Antara tips yang boleh digunakan ialah :





Wajah yang cantik di lihat pada keseluruhan muka, selain menatap mata yang cantik menawan, seseorang pasti tidak lepaskan mata melihat bibir seseorang yang dihadapan mereka.  Bibir yang cantik menawan tidak pula terletak pada ketebalan LIPSTICK atau warna LIPSTICK yang di pakai.  Paling penting dan paling di idam-idamkan oleh kebanyakan wanita adalah bibir yang menawan (semulajadi, kemerah-merahan dan lembap)

Bibir yang menawan dapat memberi kecantikan pada senyuman anda.  Senyuman semulajadi dapat memikat mata yang menatapnya.
Berikan kecantikan bibir anda dengan melakukan beberapa tip mudah dalam penjagaan bibir anda. Lihat di bawah ini :-

Untuk mencantikan dan menghilangkan sel-sel mati di bibir:
    • Basuh muka dengan pencuci muka - cuci bibir sekali dengan arah membulat dengan buih pencuci muka tersebut atau

    • Memberus gigi :  Anda boleh memberus perlahan bibir dengan menggunakan berus gigi secara amat perlahan sekali ( lebih baik menggunakan berus gigi " soft" ) atau

    • Seminggu sekali jika anda mengamalkan scrub muka - scrub sekali bibir anda dengan arah membulat atau
    • Lap bibir dengan menggunakan tuala lembap yang bersih atau

    • Boleh juga dengan tuala lembap bersih yang suam ( celup dengan air suam sedikit)
Kemudian boleh cuba mana-mana petua di bawah ini bagi mengekalkan kelembapan dan kecantikan bibir anda.

Untuk melembap dan mencantikan warna bibir :
§  Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan ke seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur dan amalkan tips ini dengan melakukan setiap hari.

§  Atau menggunakan pati susu : Caranya sapukan pati susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya.

§  Sepotong halia segar : Caranya kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir.

Untuk menghilangkan rekahan di bibir :
§  Ambil sedikit getah pokok sena kemudian sapukan getah pokok sena yang berwarna merah tersebut ke tempat yang mengalami rekahan di bibir.
§  Marjerin : Sapu rata sedikit marjerin di bibir

Tip lain
§  Sapukan pelembap bibir yang segera ( boleh di beli di kedai-kedai atau farmasi), namun di galakkan pelembap bibir yang tanpa pewarna dan tanpa bau bagi mengurangkan kesan kimia kepada bibir anda.

§  Amat di galakkan menyapu pelembap bibir sebelum menyapu LIPSTICK di bibir bagi mengurangkan kesan kimia LIPSTICK di bibir serta mengelak meninggalkan kesan lebam di bibir anda.

§  Pastikan mencuci bibir semasa mencuci muka sebelum masuk tidur atau selepas habis urusan menggunakan make up.

§  Boleh menggunakan minyak zaiton atau minyak baby untuk menanggalkan serta membersihan kesan lipstick di bibir - jika semua itu tidak ada, anda boleh menggunakan bahan di dapur, minyak kelapa/ minyak masak sedikit untuk mencuci bibir dengan menggunakan kapas.  Kemudian barulah mencuci keseluruhan muka anda.

Selamat mencuba & moga tip ini dapat memberi manfaat yang baik kepada anda

Saturday, 2 August 2014

Singkir toksik dari tubuh


Jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat, sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itu merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan.




Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.

Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.

Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.


Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:



a)  Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.

b)  Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.

c)   Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan jangan lupa minum air masak secukupnya.

Bahaya tumor (Abnormal Cell)

Kanser otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain pelbagia jenis kanser lain. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Terdapat dua jenis tumor yang diklasifikasikan sebagai kanser iaitu tumor benigna dan tumor malignan.

      1)  Tumor benigna tumbuh secara perlahan-lahan dan tidak merebak ke anggota badan lain. Jika tumor ini berjaya dibuang ia tidak akan menimbulkan masalah.

      2)  Sebaliknya, sel tumor malignan berkemampuan merebak ke anggota badan lain dan menyerang dengan pantas, tetapi ia jarang merebak keluar dari sistem saraf pusat.

Selain itu, terdapat juga dua kategori barah otak iaitu tumor otak primer (berasal atau tumbuh dari otak) serta tumor otak sekunder (berasal atau merebak dari bahagian badan seperti buah pinggang, payu dara dan kulit).

Pun begitu jika barah itu terletak berdekatan struktur otak penting, ia boleh menimbulkan masalah kesihatan serius kerana ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi serta mengancam nyawa.

Tumor secara langsung boleh memusnahkan sel otak dan secara tidak langsung memusnahkan sel-sel apabila berlaku keradangan, mampatan akibat ketumbuhan tumor, bengkak dan peningkatan tekanan dalam otak (tekanan intrakranium).

Rawatan tumor otak terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.

Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan tumor sebanyak yang mungkin bergantung kepada kedudukannya sama ada berdekatan dengan saraf atau tidak.

Sekiranya tumor tidak boleh dikeluarkan kerana berada di kedudukan yang berbahaya seperti di stem otak, maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.