Kanser
otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain pelbagia
jenis kanser lain. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan
jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Terdapat dua jenis tumor yang diklasifikasikan sebagai kanser iaitu tumor benigna dan tumor malignan.
1) Tumor benigna tumbuh secara perlahan-lahan dan tidak merebak ke anggota
badan lain. Jika tumor ini berjaya dibuang ia tidak akan menimbulkan
masalah.
2) Sebaliknya, sel tumor malignan berkemampuan merebak ke anggota badan
lain dan menyerang dengan pantas, tetapi ia jarang merebak keluar dari
sistem saraf pusat.
Selain itu, terdapat juga dua kategori barah otak iaitu tumor otak
primer (berasal atau tumbuh dari otak) serta tumor otak sekunder
(berasal atau merebak dari bahagian badan seperti buah pinggang, payu
dara dan kulit).
Pun
begitu jika barah itu terletak berdekatan struktur otak penting, ia
boleh menimbulkan masalah kesihatan serius kerana ketumbuhan yang
membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi serta mengancam nyawa.
Tumor
secara langsung boleh memusnahkan sel otak dan secara tidak langsung
memusnahkan sel-sel apabila berlaku keradangan, mampatan akibat
ketumbuhan tumor, bengkak dan peningkatan tekanan dalam otak (tekanan
intrakranium).
Rawatan tumor otak terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.
Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan tumor sebanyak
yang mungkin bergantung kepada kedudukannya sama ada berdekatan dengan
saraf atau tidak.
No comments:
Post a Comment