Untuk menjadikan bibir anda agar nampak kemerah-merahan, lembab
dan berseri-seri, di sini terdapat beberapa tips yang boleh kita amalkan.
Antara tips yang boleh digunakan ialah :
Wajah yang cantik di lihat pada keseluruhan muka, selain menatap mata yang cantik menawan, seseorang pasti tidak
lepaskan mata melihat bibir seseorang yang dihadapan mereka. Bibir
yang cantik menawan tidak pula terletak pada ketebalan LIPSTICK atau warna
LIPSTICK yang di pakai. Paling penting dan paling di idam-idamkan
oleh kebanyakan wanita adalah bibir yang menawan (semulajadi,
kemerah-merahan dan lembap)
Bibir yang menawan dapat memberi kecantikan pada senyuman anda. Senyuman semulajadi dapat memikat mata yang menatapnya.
Berikan kecantikan bibir anda dengan melakukan beberapa tip mudah dalam
penjagaan bibir anda. Lihat di bawah ini :-
- Basuh muka dengan pencuci muka - cuci bibir sekali dengan arah membulat dengan buih pencuci muka tersebut atau
- Memberus gigi : Anda boleh memberus perlahan bibir dengan menggunakan berus gigi secara amat perlahan sekali ( lebih baik menggunakan berus gigi " soft" ) atau
- Seminggu sekali jika anda mengamalkan scrub muka - scrub sekali bibir anda dengan arah membulat atau
- Lap bibir dengan menggunakan tuala lembap yang bersih atau
- Boleh juga dengan tuala lembap bersih yang suam ( celup dengan air suam sedikit)
Kemudian boleh cuba mana-mana petua di bawah ini bagi mengekalkan
kelembapan dan kecantikan bibir anda.
§
Ambil dua titik madu lebah asli
kemudian sapukan ke seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur dan
amalkan tips ini dengan melakukan setiap hari.
§
Atau menggunakan pati susu : Caranya
sapukan pati susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan
sendirinya.
§
Sepotong halia segar : Caranya kupas
kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia
tersebut pada bibir.
§
Ambil sedikit getah pokok sena
kemudian sapukan getah pokok sena yang berwarna merah tersebut ke tempat yang
mengalami rekahan di bibir.
§
Marjerin : Sapu rata sedikit marjerin
di bibir
§
Sapukan pelembap bibir yang segera (
boleh di beli di kedai-kedai atau farmasi), namun di galakkan pelembap bibir
yang tanpa pewarna dan tanpa bau bagi mengurangkan kesan kimia kepada bibir
anda.
§
Amat di galakkan menyapu pelembap
bibir sebelum menyapu LIPSTICK di bibir bagi mengurangkan kesan kimia LIPSTICK
di bibir serta mengelak meninggalkan kesan lebam di bibir anda.
§
Pastikan mencuci bibir semasa mencuci
muka sebelum masuk tidur atau selepas habis urusan menggunakan make up.
§
Boleh menggunakan minyak zaiton atau
minyak baby untuk menanggalkan serta membersihan kesan lipstick di bibir - jika
semua itu tidak ada, anda boleh menggunakan bahan di dapur, minyak kelapa/
minyak masak sedikit untuk mencuci bibir dengan menggunakan kapas.
Kemudian barulah mencuci keseluruhan muka anda.
Selamat
mencuba & moga tip ini dapat memberi manfaat yang baik kepada anda
No comments:
Post a Comment