Di Mexico dan Amerika Tengah, avokado terkenal sebagai buahan yang terdapat banyak manfaatnya dan sering menjadi keutamaan dalam pengambilan seharian. Tidak kira jika dimakan secara mentah atau jus , avokado terus menjadi sebahagian daripada diet harian kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi untuk keperluan tubuh badan, malah ia juga dapat mengurangkan risiko jangka panjang untuk pelbagai penyakit. Walaupun di Malaysia buah avokado bukan di ambil atau dimakan oleh kebanyakan kita, namun kita juga boleh mencubanya sebagai alternatif terbaik dalam diet pemakanan seimbang kita.
Berikut adalah 6 manfaat Avocado kepada kesihatan tubuh badan kita.
1. Avokado Sangat Kaya Karotenoid Untuk Kesihatan Mata
Avokado mengandungi pelbagai nutrien, dan karotenoid (lutein, khususnya)baik untuk kesihatan mata serta melindungi daripada penyakit mata. Penglihatan merupakan salah satu aset yang paling berharga, pengambilan Avocado dalam makanan merupakan diet yang baik seimbang dan berkhasiat. Pengambilan sekurang-kurangnya sebiji setiap hari, adalah cara terbaik untuk mendapatkan manfaat karotenoid (dari lutein dan alfa-karotena untuk beta-karotena , tokoferol dan zeaxanthin) untuk keperluan badan kita. Di samping rasa avokado yang sedap, ia juga boleh ditambah dalam ramuan untuk membuat salad - ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan lutein harian anda, daripada pengambilan dalam bentuk pil atau makanan tambahan.
2. Avokado Dapat Mengurangkan Kadar Kolesterol Anda
Seperti yang anda mungkin sudah tahu, terdapat dua jenis kolesterol/ lemak iaitu : kolesterol 'baik' dan kolesterol 'jahat'. Kolestrol jahat pula boleh menyumbat laluan di arteri dan organ-organ penting anda. Bagaimanapun dengan pengambilan avokado secara tetap ia dapat mengurangkan risiko penyumbatan tersebut. Dengan memakan avokado yang mempunyai kandungan folat yang tinggi , dapat menurunkan kolesterol anda dengan cara yang cepat, cekap dan secara semula jadi malah dapat mengurangkan risiko anda mendapat penyakit jantung.
3. Avokado dapat mengurangkan lemak serta berat badan anda
Avocado kaya dengan serat yang dapat memberi rasa kenyang untuk tempoh yang panjang dan membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan sekaligus dapat membantu mengurangkan berat badan. Secara purata, sebiji avokado bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 7 gram serat, larut dan tidak larut. Serat juga penting untuk kesihatan sistem imun ia membantu badan anda memecahkan karbohidrat serta membantu menukar ke sumber tenaga segera digunakan

No comments:
Post a Comment