Cengkih mengandungi komponen yang dipanggil eugenol. Kandungan tersebut
banyak diuji dalam kajian kesihatan, termasuk penyelidikan barah salur
penghadaman serta radang sendi.
Di Amerika Syarikat, ekstrak eugenol daripada cengkih dimanfaatkan dalam
bidang pergigian kerana ia berkait rapat dengan proses terapi kanal
akar, penampalan lubang sementara dan rawatan kesakitan gusi.
Eugenol dan bahan lain dalam cengkih iaitu beta kariofilena menjadikan
cengkih sebagai bahan anaestetik dan juga agen antibakteria.
No comments:
Post a Comment