MEMILIKI susuk tubuh yang kurus dan menawan sering menjadi impian ramai orang, namun sebaliknya bagi mereka yang berbadan kurus.
Kebanyakan orang kurus
berada dalam keadaan tertekan kerana sukar menambah berat badan.
Hasil kajian menunjukkan ramai yang tidak berupaya menambah berat badan walaupun mereka mengambil pelbagai jenis makanan.
Kebanyakan mereka mengambil suplemen dan makanan berlemak tanpa mengetahui fungsi makanan itu.
Bagi
tujuan tersebut, individu yang berhasrat untuk menambah berat badan
disarankan mengambil makanan yang tinggi kalori seperti susu, keju,
kacang dan mentega selain makan antara lima hingga enam hidangan setiap
hari.
No comments:
Post a Comment