Apa topik kali ini...saya ingin kongsi sedikit tip menulis resume di sini. Resume adalah merupakan dokumen diri anda yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang pencapaian pendidikan, kemahiran dan maklumat individu yang boleh di jadikan rujukan kepada kita.
Resume kebiasaannya kita guna untuk permohonan kerja bagi memudahkan bakal majikan mengenalpasti pengetahuan kita dan kemahiran yang ada pada seseorang calon dengan lebih cepat termasuk dengan pengalaman kerja.
Antara tip di sini mengenai penulisan resume bakal menarik perhatian bakal majikan :-
Tip pertama :
Pastikan format resume yang tepat
Resume anda akan dinilai daripada pandangan pertama penemu duga. Oleh itu pastikan resume anda tidak melebihi dua muka surat dan menggunakan format resume yang betul seperti pemilihan jenis huruf yang terang mudah dibaca, margin yang bersesuaian dan menghitamkan perkataan yang penting.
Tip kedua :
Kenalpasti pencapaian diri
Bagi mohon kerjaya dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan, resume anda haruslah dilengkapi pengalaman anda menyelesaikan pemasalahan yang timbul di dalam syarikat sebelum ini.
Tip ketiga :
Senaraikan semua pencapaian anda
resume juga merupakan dokumen yang direka untuk menjual kemahiran dan kekuatan anda kepada pihak majikan, maka senaraikan sebanyak mungkin pencapaian anda.
Tip keempat :
Pastikan resume anda bersesuaian
Pastikan resume anda bersesuaian dengan bidang pekerjaan yang dipohon. Contohnya bidang kejuruteraan mekanikal tidak mementingkan reka bentuk resume anda.
Tip kelima :
Gantikan objektif kerjaya dengan rumusan kerjaya
Ringkasan kerjaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai skop kerja anda sebelum ini. Ia berbeza dengan objektif kerjaya yang hanya menceritakan kesesuaian kemahiran anda dengan kerjaya yang dipohon.
Tip keenam :
Kenali orang dalaman syarikat
Bagi calon yang belum pernah berkerja, anda di galakkan menghantar resume anda terus ke tangan majikan. Ia memberi peluang kepada anda untuk mengenali individu dalaman syarikat tersebut.
No comments:
Post a Comment