Saturday, 12 April 2014

Tip-tip mengelak migrain menyerang



       Sakit kepala migrain disebabkan oleh gabungan pembesaran saluran darah dan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit saluran darah.

Semasa sakit kepala, membesarkan arteri yang terletak di luar tengkorak hanya di bawah kulit  (arteri temporal). Ini menyebabkan pelepasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran lagi arteri. 

Sakit kepala migrain menyebabkan sistem saraf simpatik untuk bertindak balas dengan perasaan loya, cirit-birit dan muntah-muntah. Perkara ini juga melambatkan pengosongan perut ke usus kecil (mempengaruhi penyerapan makanan), mengurangkan peredaran darah (yang membawa kepada tangan dan kaki sejuk), dan meningkatkan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.


       Migrain berasal daripada perkataan Greek iaitu Hemikrania yag bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali sebagai "vescular headache".  Migrain merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak mampu menjalankan tugas harian seperti biasa.  Malah  ada diantaranya tidak lalu makan, minum dan hanya terbaring lemah kerana mendapat gangguan sakit kepala yang teruk.  Menurut kajian, golongan wanita paling kerap menghidap migrain terutama apabila datang haid.

      Tanda-tanda seseorang menghidap migrain adalah mereka merasai sakit kepala yang amat dan berdenyut-denyut pada salah satu bahagian kepala sehingga merebak ke hidung dan mata.  Pesakit akan merasa lebih sensitif pada sebarang bunyi, persekitaran terasa seperti bergerak-gerak seperti menaiki bot, badan berpeluh-peluh dan mendapati kulit kemerahan di bahagian mata ataupun dahi.  Migrain yang teruk adalah sakit kepala pedih yang sering didahului atau disertai dengan tanda amaran deria seperti pancaran cahaya, bintik buta, rasa kebas di tangan dan kaki, rasa loya, muntah-muntah, dan meningkatkan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi. Kesakitan migrain yang teruk boleh berlaku sehingga beberapa jam atau hari. 



Bagi anda penghidap migrain sudah tentu sukar untuk menghindar diri daripada diserang migrain secara tiba-tiba kan? Tapi tahukan anda ada beberapa cara bagi menghindarnya sebagai langkah-langkah pengawasan diserang sakit kepala yang melampau ini:-

Langkah pertama :
Sentiasa mengawal tekanan dan emosi, jika ada mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan, cuba anda berfikiran positif sebaik mungkin.  Mungkin ia terlalu sukar, namun berfikiran positif dapat mengurangkan rasa tertekan, marah atau terlalu sedih.  Redha dengan apa yang berlaku dan berusaha untuk membuat terbaik dalam kehidupan.

Langkah kedua :
Penghidap migrain perlu mengelak daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh menganggu emosi anda.  Selain itu anda  memerlukan suasana yang kemas dan bersih, kerana ia memberi kesegaran pada sekitaran anda dan membuat anda lebih rasa tenang.  Jika sekitaran di bilik tidur atau rumah anda terdapat semua perkara menganggu ini, cuba luangkan masa membersih dan mengemasnya perlahan-lahan sebagai langkah positif dan menceriakan anda, suasana baik perlu untuk kesihatan anda.



Langkah ketiga :
Sekiranya perut anda terasa lapar dan kosong, segeralah mendapatkan makanan untuk mengalas perut anda yang lapar dengan mengambil masakan.  Jika terdapat makanan ringkas seperti roti dan air milo juga boleh bagi menambahkan tenaga dan oksigen ke tubuh badan anda dan otak.  Kerana oksigen  kurang dan perut berkeroncong boleh menambahkan tekanan sekaligus membuatkan fikiran bercelaru dan terganggu.


Langkah keempat :
Dapatkan masa tidur yang lebih teratur dan berdisplin bagi memastikan tubuh badan anda mendapat rehat secukupnya.  Tidur dan rehat yang tersusun dapat memberi kesegaran otak dan badan untuk aktiviti seharian anda dan seterusnya memberi idea-idea yang baik dalam pekerjaan anda.

Langkah kelima :
Elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi Thyramine seperti coklat serta makanan jenis tenusu seperti keju, susu dan makanan yang di peram seperti ikan salai atau jeruk. Tyramine boleh masuk ke dalam aliran darah dan meningkatkan tekanan darah dan mencetus migrain.

Langkah keenam :
Elak mengambil makanan yang mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.  Hindarkan terlalu kerap membeli makanan luar yang kita tidak tahu kandungan MSG yang tinggi selalunya di letakkan bagi memberi rasa makanan yang sedap.

Langkah ketujuh :
Hindari daripada minum minuman yang mengandungi kafein yang berlebihan seperti kopi dan alkohol. Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Langkah kelapan :
Elakkan menangguhkan kerja-kerja atau assignment bagi mengelakkan kerja lebih bertambah dan menjadi runsing.  Sebaiknya lakukan kerja-kerja dan assignment belajar secara perlahan-lahan sekurang-kurang anda sudah memulakan langkah untuk menyiapkannya.  Jika terdapat idea dalam urusan kerja catatkan ia di dalam buku nota anda atau di dalam gadget anda untuk rujukan nanti.

No comments: