Jangan sangka mereka yang bekerja sahaja perlu cemerlang, wanita bergelar suri rumah juga harus bercita-cita agar cemerlang menguruskan rumah tangga. Jadi sebagai wanita yang harus sentiasa berusaha ke arah itu. jom kita lihat beberapa perkara ini untuk renungan kita semua.
Impian
Wanita kena ada impian, jom kita tulis, bincang dan tampalkan impian rumahtangga bersama pasangan iaitu suami. Dari impian itulah suri rumah boleh merancang perlaksanaannya secara bersama-sama ahli keluarga.
Libatkan suami dan anak-anak dalam impian anda, supaya mereka berasa dirinya dihargai dan menjadi sebahagian daripada impian anda.
Ilmu
Ilmu adalah cahaya. Cahaya yang membawa seseorang kepad impian yang di catatkan. Asingkan bajet bulanan keluarga untuk bajet ilmu seperti kelas dan buku-buku yang diperlukan.
Atur Kewangan
Kewangan adalah nadi utama keluarga. Buat bajet bulanan yang membahagikan antara perbelanjaan utama, perlindungan, pendidikan anak-anak dan lain-lain. Dari peruntukan kewangan tadi, ia boleh menentukan samaada anda memerlukan pendapatan sampingan atau tidak.
Kerjasama
Keluarga dan kerjaya adalah sama penting. Anak-anak yang membesar perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai seseorang untuk mereka berkongsi cerita. Kerjasama dan kefahaman di antara suami isteri amatlah penting bagi memahami fungsi kedua-dua mereka amat penting demi kelangsungan keluarga mereka.
***bersambung ya..
Rajin-rajin singgahlah di link-link saya di sini :-
http://glutapearl.com
https://www.facebook.com/BioloveGlutapearlOmega3
http://manualtravel.blogspot.com
http://amreeahamad.com/blog
http://manualtravel.com
http://qurusmurus.com
No comments:
Post a Comment